Sebarang pertanyaan berhubung dengan
laman web ini, sila hubungi En. Md Isa Ahmad di talian
013-2211123 »Email
Fakta GOJI
FAKTA PEMAKANAN GOJI OLEH DR. EARL
MINDELL
Pakar
Herba terkenal, Dr. Earl Mindell telah membuat kajian terhadap
khasiat Goji dan beliau merumuskan terdapat 34 sebab mengapa
kita harus mengambil Goji sebagai makannan tambahan harian.
1. Membantu Memanjangkan Umur.
Tubuh manusia mempunyai hampir 10 trillion sel yang sentiasa
terdedah kepada ancaman radikal bebas.
Radikal bebas ini akan merosakkan sel-sel manusia yang
menyumbang kepada proses ketuaan. Goji juga dikenali sebagai
"buah pemanjang usia" atau "longevity fruit."
Sifat unik Goji yang mengandungi komposisi Molikul Polisakarida
(master molecule polysaccharides) dan antioksida yang kuat
(powerful antioxidants) dapat menghalang proses ketuaan
belum-waktu dengan cara menghalang pemusnahan sel-sel tubuh oleh
radikal bebas tadi.
2. Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Fizikal.
Dikenalpasti sebagai salah satu sumber adaptogens yang terbaik,
goji membantu meningkatkan keupayaan latihan fizikal,
meningkatkan stamina dan kelasakan.
Ia membantu mengurangkan keletihan terlampau terutamanya selepas
sembuh dari penyakit seperti demam dan sebagainya.
3. Kelihatan/Rasa Muda.
Goji merangsangkan penghasilan hGH (human growth Hormone) atau
hormon penggalak pertumbuhan yang dihasilkan oleh kelenjar
pituitary.
hGH juga dikenali sebagai Hormon Muda. hGh membantu mengurangkan
longgokan lelemak, membantu tidur yang nyenyak, membaikpulih
keupayaan memori - keupayaan otak, mempercepatkan proses
penyembuhan dari penyakit - pemulihan sel-sel yang rosak,
mengembalikan libido (libido bermaksud keupayaan rangsangan
seksual) dan banyak lagi…
4. Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi.
Kajian yang dibuat pada tahun1998 menunjukkan Molikul
Polisakarida yang terdapat pada Goji, mampu menurunkan tekanan
darah tinggi.
5. Anti Kanser
Kandungan Germanium yang terdapat dalam Goji merupakan
anti-kanser yang kuat.
Ditambah dengan kehadiran Molikul Polisakarida dan anti-oksida,
Goji mampu mengkalang mutasi genetik yang menyumbang kepada
penghasilan sel kanser.
Sesetengah saintis percaya bahawa Goji mampu menghalang kanser
hati. PENTING!...Hati merupakan organ penting penyah-toksid
tubuh manusia.
6. Mengekalkan Paras Kolesterol yang Sihat.
Goji mengandungi beta-sitosterol, yang mampu menurunkan paras
kolesterol jahat (LDL).
Sifat anti-oksidanya pula menghalang kolesterol dari teroksida
lalu membentuk plak dalam saluran darah (arterial plaques).
Manakala flavonoids pula membantu membuka ruang saluran darah
dan membantu proses aliran darah yang baik.
7. Mengimbangi Paras Glukos dan Mengawal Penyakit
Diabetes.
Goji telah lama digunakan di China untuk rawatan diabetes
jenis-2 (insulin tidak mencukupi untuk menukarkan glukus dalam
darah ke tenaga).
Plolisakaridanya membantu menyeimbangkan paras gula dengan cara
menggalakan tindakbalas insulin.
Kandungan betaine pula dapat mengelakkan penyakit longgokan
lemak dalam hati dan mengelakkan kemusnahan siatem pembuluh
darah yang biasa terjadi kepada pesakit diabetes.
8. Meningkatkan Libido dan Fungsi Seksual
Goji dikanali sebagai TONIK SEKSUAL KELAS ATASAN dan
dikenalpasti menyemarakkan rasa ghairah seksual.
Pepatah Cina Lama menyatakan " Lalaki yang mengembara 1000
kilometer dari rumahnya, tak sepatutnya minum Goji" atau dalam
bahasa Inggeris "He who travels one thousand kilometers from
home should not eat goji!"
Kajian saintifik moden juga menunjukkan Goji mampu meningkatkan
paras Hormon Testosterone dalam darah yang mana meningkatkan
libido pada lelaki dan wanita.
9. Mengurangkan Berat Badan
Kajian menunjukkan Polisakarida Goji mampu menurunkan berat
badan dengan cara menggalakkkan penukaran makanan kepada tenaga,
bukannya lemak.
10. Melegakan Sakit Kepala dan Pening (Dizziness)
Dalam ilmu perubatan Cina, sakit kepala dan pening sering
dikaitkan dengan "kelemahan" buah pinggang - yin (aliran
bendalir yang lemah) dan yang (fungsi lemah). Goji dikenalpasti
dapat mengimbangi semula kedua unsure ini.
11. Tidur Nyenyak
Goji telah lama digunakan untuk merawat insomnia (tidur tak
berkualiti). Kajian menunjukkan pesakit yang telah beumur dapat
menikmati semula tidur yang nyenyak selepas mengamalkan Goji.
12. Memperbaiki Kualiti Penglihatan
Saintis Cina Moden telah mengenalpasti bahawa Goji dapat
membantu dalam penyesuaian penglihatan di tempat gelap (cerah ke
gelap). Juga, membantu penglihatan yang lebih baik ditempat yang
bercahaya suram.
Pesakit yang mengalami kebutaan-bertompok (blind spot) dapat
dipulihkan atau dapat dikurangkan tahap kebutaan-bertompok
mereka.
Dengan kehadiran anti oksida yang kuat iaitu carotenoids, Goji
membantu menghalang proses pembantutan macular dan katarak.
(macular degeneration - disebabkan oleh kemerosotan bahagian
tengah retina iaitu lapisan bahagian dalam mata yang merekodkan
imej yang kita lihat dan menghantar maklumat tersebut melalui
saraf optic dari mata ke otak. Bahagian tengah retina dikenali
sebagai "macula" bertanggungjawab dalam proses focus dan ia
mengawal kebolehan kita untuk membaca, memandu, mengenal warna,
rupa bentuk)
13. Menguatkan Jantung.
Goji mengandungi cyperone, sebagai bahantara yang menguatkan
jantung dan juga tekanan darah yang seimbang. pressure.
Kandungan anthocyanins (unsur merah buah) membantu menguatkan
arteri koronari.
14. Menghalang Peroksidasi Lipid.
Kolesterol dan sesetangah lipd darah boleh membahayakan badan
seandainya ia membentuk lipid-peroksid.
Pengumpulan lipid-peroksida yang bersifat melekit akan
membuatkan saluran darah menjadi tersumbat dan menyumbang kepada
penyakit kardiovaskular, serangan jantung, atherosclerosis
(salur darah tersumbat/keras) dan strok.
Goji menambah enzim darah yang mampu menghalang pembentukan
lipid peroksida ini.
15. Tahan Penyakit.
Radikal Bebas Super-oksida memainkan peranan penting dalam
memulakan (onset) dan kesinambungan penyakit manusia.
Super-oksida dinutralkan dalam badan oleh enzim yang
dikanalpasti sebagai superoxide dismutase atau SOD. Tetapi,
badan akan kurang mengeluarkan SOD apabila umur semakin
meningkat.
Maka, pengambilan Goji telah dikenalpasti dapat meningkatkan
sebanyak 40% enzim SOD dalam tubuh badan kita.
16. Meningkatkan Respon Imun.
Sistem Imun merupakan bala tentera pertahanan badan dari
penyakit.
Kajian selama lebih 40 tahun menunjukkan Goji berupaya
menguatkan kekebalan/Imun tubuh dengan mengarahkan (commanding)
dan mengawal (controlling) fungsi pertahanan badan.
Polisakarida Goji, menguatkan dan menyeimbangkan aktiviti semua
bahagian sel-sel imun, termasul T-cells, cytotoxic T-cells,
NK-cells, lysozyme, tumor necrosis factor-alpha, dan
immunoglobulins (IgG dan IgA.).
17. Kawal dan Lawan Kanser
Pesakit yang mengambil ubatan kanser bersama goji menunjukkan
perubahan posotif sebanyak 250% berbanding pesakit yang hanya
mengambil ubatan kanser sahaja.
Pesakit kanser tahap tinggi mengalami penurunan/pengurangan
malignant melanoma, renal cell carcinoma, colorectal carcinoma,
lung cancer, nasopharyngeal carcinom,dan malignant hydrothorax.
18. Melindungi DNA (iinformasi genetik)
DNA merupakan komposisi kimia yang penting tubuh kita. Ia
mengandungi segala maklumat penting keturunan dan merupakan
blueprint tubuh kita secara menyeluruh. Penghasilan sel baru
yang rosak diseluruh badan, akan merujuk kepada DNA agar sel
baru yang terbentuk bukan sel yang silap atau yang telah
terubahbentuk - mutasi, yang bakal menyumbang kepada pembentukan
sel kanser.
Sel yang rosak perlu diduplikasikan secara tepat bagi
mengelakkan pembentukan sel yang terubah strukturnya.
Dengan persekitaran yang tercemar, bahan toksik buangan dan
radikal bebas boleh menyebabkan DNA kita termusnah atau terputus
yang akan menyebabkan mutasi genetik, kanser dan kematian.
Goji mengandungi betaine Molikul Polisakarida (master molecule
polysaccharides) mampu meyembuhkan DNA yang rosak.
19. Menghalang Pertumbuhan Tumor.
Interleukin-2 (IL-2) merupakan sel protin yang penting dalam
mengerakkan respon anti-tumor pada kebanyakkan jenis kanser.
Polisakarida Goji telah terbukti melalui kajian saintis dari
China, dapat membantu meningkatkan penghasilan IL-2.
Goji mampu membunuh sel tumor dengan menggalakkan proses
apoptosis - proses merungkaikan dan menguraikan sel kanser.
20. Mengurangkan Kesan Toksik rawatan Kimoterapi
(Chemotherapy).
Goji membantu kesan radiasi dalam rawatan kanser paru-paru, maka
kadar radiasi yang minimum diperlukan.
Dalam kajian lain, Goji mampu melindungi dari kesan sampingan
kimoterapi dan rawatan radiasi.
21. Penghasilan Darah yang Kuat/Berkualiti
Goji dikenali sebagai pembina darah (blood builder) dan
penyuburan darah. Dalam satu kajian, Goji mampu memulihkan darah
individu yang berumur menjadi seperti kualiti darah seorang yang
muda.
Flavanoid dalam Goji melindungi sel darah merah dari dimusnahkan
oleh radikal bebas.
Goji juga digunakan dalam rawatan kekurangan sum-sum tulang
(bone marrow deficiency - low production of red blood cells,
white blood cells and platelets).
22. Meningkatkan Jumlah Lymphocyte.
Lymphocyte merupakan komposisi sel darah putih yang penting
dalam sistem pertahanan badan. Ia akan bertindak dalam
menyusunatur langkah pertahanan sekiranya terdapat organisma
merbahaya menyerang sistem pertahanan tubuh manusia.
Goji meningkatkan jumlah lymphocyte dan membantu mengaktifkan
mereka dikala tubuh menghadapi ancaman.
23. Anti Pembengkakkan dan Anti-Arthritis
Kajian selama 20 tahun menunjukkan, bagi kes pembengkakkan yang
serius, kadar penghasilan radikal bebas menjadi lebih besar
berbanding kapasiti penghasilan enzim SOD.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan kesakitan pada sendi dan tisu
badan.
Goji mampu mengembalikan keseimbangan ini dengan menambah
kapasiti enzim SOD.
24. Menyokong Hati
Goji mengandungi cerebroside yang dikenalpasti mampu melindungi
sel hati walaupun dari chlorinated hydrocarbons yang bertoksik.
Cerebrosides merupakan glycosphingolipids yang merupakan
komponen penting dalam otot dan mambran sel saraf manusia.
25. Merawat Simtom Menopause
Dalam kaedah perubatan Cina, simtom menopause berkait rapat
dengan penurunan kecekapan buah pinggang - kekurangan hormon.
Goji dikenalpasti dapat mengembalikan keseimbangan hormon
berkaitan.
26. Mengurangkan Alahan Mengandung (Morning Sickness)
Di negeri China, Goji dihidangkan dalam bentuk teh untuk ibu-ibu
yang mengandung. Merupakan kaedah rawatan yang cukup berkesan.
27. Meningkatkan Kesuburan
Goji mampu merawat kesuburan pada lelaki dan wanita. Pada
wanita, Goji mampu mengembalikan "jing" atau "usur asas
kesuburan". Manakala pada lelaki, Polisakarida Goji dikenalpasti
dapat memanjangkan usia sel sperma dan juga penghalang utama
pemusnahan struktur dan sell buah zakar.
28. Menguatkan Otot dan Tulang.
Goji menggalakkan proses pengeluaran unsur hGH, yang
bertanggungjawab dalam fungsi penyelengaraan, pembaikan dan
penghasilan tubuh manusia. Ini termasuk dalam penghasilan sel
otot (bina badan) dan juga kepenggunaan kalsium oleh tulang dan
gigi.
29. Menyokong Kesihatan Buah Pinggang.
Buah pinggang merupakan organ yang cukup penting dan utama, dan
memainkan peranan dalam kesihatan otak dan organ-organ penting
lain.
Kesihatan buah pinggang menjadi kayu pengukur untuk kewujudan
seseorang yang mana ia merupakan pusat pembersih darah untuk
darah yang berkualiti.
Goji merupakan super-tonik bagi buah pinggang yang mempengaruhi
fungsi dan kecekapannya.
30. Menguatkan Daya Ingatan
Goji merupakan tonik otak (brain tonic). Ia mengandungi betaine,
yang akan bertukar kepada choline dalam tubuh manusia. Choline
adalah bahan yang mampu memperkuatkan keupayaan ingatan dan
memori.
31. Membantu Menmgurangkan Batuk
Pakar herba Cina menggunakan Goji untuk rawatan batuk dan
semput.
32. Meredakan Kemurungan dan Tekanan
Merupakan sejenis adaptogen, goji membantu badan untuk proses
penyesuaian (adapt) dan proses kawalan tekanan (stress). Ia
membekalkan "tenaga" untuk membolehkan kita mengawal sebarang
jenis tekanan dan permasaalahan.
33. Penguat Semangat
Adalah dipercayai dengan pengambilan berterusan Goji membantu
kita untuk persifat lebih ceria dan di Asia, Goji juga dikenali
sebagai "happy berry".
34. Membantu Penghadaman.
Goji telah lama digunakan untuk rawatan atrophic gastritis,
iaitu tahap penghadaman yang lemah disebabkan penurunan kadar
aktiviti sel perut.